::suka duka seorang saya:: ...

Monday, December 20, 2010

::Scrumptious Restaurant::



Salam..





Tanggal 4 December 2010 yg lalu, sy bersama cintaHati berkesempatan menjamu selera di Scrumptious Restaurant. Dah lama sebenarnya dok mencari tempat ni. Alhamdulillah, sampai gak akhirnya. Yang buat lg teruja, dpt g situ sempena dgn date yg agak bermakna buat kami berdua..

1st time smpai kan, so agak lama gak la dok belek2 menu.. Semua nmpak sedap dan menarik.. Sy haruslah mencari something bertemakan ayam.. Hehe.. Lepas dh order, haruslah berlegar2 dlm tmpt tu.. Cantik bangat dekorasinya.. Kami pun apa lg, bergambar sakan la.. Nak plak time tu org tak ramai lg.. Dh mcm tmpt sendiri plak kitorg buat..


So, enjoy la tgk gambar eh.. Dah mcm duta tmpt mkn ni plak rasa.. Hahaha... Nk cerita psal menu, hampeh la kn nk ingat. Nama menu sendiri pn lupa, inikan plak nama yg berderet2 dlm menu tu.. Mmg mntak maaf la ye.. Huhuhu...




time baru sampai..



lepak jap b4 makanan sampai..


best3 :)




cantikkan....



model almari plak ke? ;)





tgh ambik pesanan ni ;)





silakan masuk.....



makanan dah sampai.. nyum nyummmm...



b4 balik....





Ok. Tu je.. Daaaa.....

Kalau sesape yg mahu cube mkn kat tmpt ni, ni sy ada detail sikit...

No 5, Jalan Liew Weng Chee,
Off Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
Tel / Fax : 03-2161 6116
Email : admin@scrumptious.com.my
Twiter : ScrumptiousRest
Blog : www.scrumptiousrestaurant.blogspot.com


p/s: Thanks to cintaHati sbb bwak saya dtg sini..

Friday, December 17, 2010

mungkinkah semuanya akan berakhir.....












masih menjadi

Tanda tanya ???


Thursday, December 16, 2010

~adakah~

Adakah saya perlu...


menjadi yg pertama utk memulakan ia semula,



Adakah saya perlu...



merendahkan keegoan saya sendiri,




Adakah saya perlu...


mengalah saja,




Adakah saya perlu...


memohon kemaafan terlebih dahulu,




Adakah saya perlu...



menunggu dan terus menunggu,












hanya kerana tak nak hubungan istimewa ini
menemui titik noktah...











p/s: jangan biarkan saya keseorangan :(

Tuesday, December 14, 2010

::matahari::




Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.
Cinta itu seperti sinar matahari,TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari.
Cinta itu seperti sinar matahari yang
MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..





jiwa kacau

Salam...



Sangat2 tak tentu arah rasenye hdup sejak kebelakangan ni.. Ada je yg x kene. Ntah la..
Tekanan perasaan melanda.. Cume nk bgtau,




Saya sedang mengalami jiwa kacau :(

Monday, December 13, 2010

C.I.N.T.A



Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ?









Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya..







...Itulah Cinta…




Thursday, December 9, 2010

Berapa ramai suami yang boleh jadi imam ???

Salam..
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 buat semua.. Semoga kedatangan tahun baru ini akan melimpahkan rezeki, kesihatan yg sempurna dan kegembiraan buat kita semua. Diharap segala amalan kita membawa kpd penghijrahan yg lebih baik dan sempurna. InsyaAllah...


Ok. Berbalik pada tajuk td, ada something saya nk share kat sini.. Saya dpt dr kwn saya td.. So pada tuan punya email ni, saya mintak izin ye utk letak kat sini. Just nk share dgn semua org... Thanks ya..


Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?"
Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering digunapakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"

Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila
dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki juga begitu! Sekian..



p/s: Renung2kan dan selamat beramal.. :)


Sunday, November 28, 2010

i-city...

Salam semua..

Kali ni takde nk crite pape sgt. Just nk share gambar sikit. Hari tu berkesempatan g i-city. Dah lame teringin, tp takde mase sesuai. Akhirnya baru2 ni, ada pluang gak ke situ. Motif utama g makan seafood kat Klang. Odw nak blk tu, mntak ahli rombongan snggah jap kat i-city tu.. Hehe..

Tempatnya biasa2 je. Yg buat meriah lampu2 je kot. Not bad la. Sgt sesuai utk sesape yg suka beraksi dpn kamera.. Hahaha...


*

*

*

*

*





















Ok la eh.. Tu je la yg smpat upload. Ada byk lg, tp tak larat dah.. Hehe..
Jmpe lagi di next entri k..

Thursday, October 21, 2010

20.10.2010

Salam..

Tarikh cantik kn.. 20.10.2010.. Nasib baik la hari rabu.. Kalau tak mest dh byk dpt undangan kenduri sana sini. Haha.. Hari ni agak membosankn la. Takde idea nk taip apa. Gambar pun takde nk share kat sini.. Skrg life kat ofis sgt tekanan. Stress dgn masalah pelajar2 yg mcm2 hal. Lagi dilayan, makin mengada plak.. Banyak songeh. Tak larat nk handle dah rasenye. Kekuatan diri rase semakin hilang.
Budak2 ni pun satu. Namanya pelajar universiti, tp perangai mcm bdk sekolah rendah je. Tak matang langsung. Boleh2 la belajar berdikari. Ni tak, semua benda nk harapkan orang lain. Tak reti langsung nk belajar hidup mcm student U. Manja tak bertempat. Kadang2 tu rase mcm nk nangis je. Tak tahan sgt dah.
Tapi takpe la. Dah nama pun tugas kn. So kene la hadap gak. Harap2 diberikn kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi hari2 mendatang. Anggap je la ni sebagai satu cabaran dalam melaksanakan tugas harian..




p/s: Perlukan sokongan dari insan2 terdekat..

Wednesday, October 13, 2010

~2 bulan yg lepas~

Salam..

Dear blogku..

Sorry sebab dh lame tak menjengah kamu apatah lagi mahu menaip something di sini. Dah berhabuk rasanya kamu ni kn.. Maaf sebab saya betul2 kebizian skrg ni.. Dua bulan yg lpas, ada je story nk diupdate.. Skrg mcm tiada kesempatan utk merekacipta cerite untuk dikongsi.. :(

Byk perkara yg berlaku dlm life saya sepanjang 2 bulan lpas. Kebetulan hari ni baru berkesempatan nk mencorat-coret di sini.. Genap 2 bulan saya menyepikan diri.. Ada cerita happy, sedih, bosan, keliru, serba salah.. Macam2 perasaan yg saya alami..

InsyaAllah, saya akan try update sikit2 nanti. Bukan niat nk canang cerita sendiri, tp lebih kepada utk luahan perasaan. Sekadar menghilangkan sedikit rasa yg wujud dlm hati ni..

p/s:Ada sesuatu dlm hati ni, tp tak tau apakah sesuatu itu!

Thursday, August 12, 2010

~Salam Ramadhan~





Marhaban Ya Ramadhan…





"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" Al-Baqarah : 185

"Ramadhan is the (month) in which was sent down the Qur'an, as a guide to mankind, also clear (Signs) for guidance and judgment (Between right and wrong). So every one of you who is present (at his home) during that month should spend it in fasting, but if any one is ill, or on a journey, the prescribed period (Should be made up) by days later" Al-Baqarah : 185



----------------------------------



Salam Ramadhan AlMubarak kpd semua.. Di kesempatan ini, saya ingin memohon jutaan ampun maaf atas apa jua kesilapan baik secara sedar atau tidak.. Sama2 kita berdoa moga2 puasa dan ibadat kita pada tahun ini diberkati Allah..

Amin..



salam,
~AIDA~








p/s: Kita hanya berpuasa sebulan. Tetapi masih ada insan yg terpaksa berpuasa setiap hari..

Thursday, August 5, 2010

~today is khamis~



Salam khamis utk semua.. Nak memberitahu bahawasanya hari ni saya amat lah..






B.O.S.A.N






N.G.A.N.T.O.K






M.A.L.A.S













Terasa seperti mahu pulang cepat utk...


.

.

.

..

.

.

p/s: hujan+sejuk=best tido.. ^^

Wednesday, August 4, 2010

~kebizian~

Tetibe je rase mcm minggu ni bz sgt.. Nk update kat sini pun mcm x sempat..
Walhal ada je cerita nk
letak..
Tp rase takde mase yg sesuai..
Tajuk dh taip, pastu stop buat keje..
Pastu smbg taip cerita sikit, stop lg konon2 ada keje nk kene buat..
Last2 malas dh nk sambung cerita..
Nanti2 la.. Tggu semua selesai dulu..



p/s: Tapi kan, rasenye keje takde la sgt pun.. Ntah apa yg bz sgt pun tak tau la..

Monday, August 2, 2010

~kau je yg baik kan??!!~

Aku nk buat pengakuan kat sini.. Aku mengaku aku mmg tak baik. Aku tau aku tak sempurna mcm kau dan kau orang.. Tapi rasanya, jahat aku pun takde la ganggu hdup kau kan... Kalau aku ada buat salah pun, sape kau yg nak sound2 aku bagai.. Sebelum2 ni takde plak kan kau nk sibuk hal aku.. Suka2 kau je nk buat statement mcm tu kat aku. Kalau yg kene tu aku je, aku boleh consider lagi. Ni dah libatkan CintaHati aku, mula la aku panas.. Jumpa pun sekali sekala, dah berani nak tentukan life orang.. Memang tak salah kalau nak nasihat or mengingatkan.. Tapi biar lah kena dgn caranya.. Jgn nk main bagi je.. Bnda libatkan hati dan perasaan kot.. Yang paling penting, libatkan air muka orang..

Ye, aku tau kau baik, suci, soleh, alim... Tp tak perlu kot nk judge org dari luaran je.. Aku tak kata aku baik.. Tapi aku tak la jahat seperti yg kau gambarkan tu.. Masing2 ada life sendiri.. Jaga la apa yg patut.. Aku hormat kau sebagai seorang kawan.. Tak payah la kau nak paksa aku utk tak hormat kau lagi lepas ni.. Mungkin bagi kau, benda tu sekadar lawak jenaka.. Tapi tidak bagi aku... Aku mmg sentap dgn kau. Maaf yang kau pinta tu aku terima.. Tapi masih berbekas kot kata2 kau tu.. Mungkin amik masa la nak hilang.. Kalau lpas ni aku lain mcm je dgn kau dan kau, aku mintak maaf byk2..













p/s: Hati ini telah dilukai.. :(


Tuesday, July 27, 2010

Awek yg menjolok mata...


Selalu saya dok bercerita perihal sendiri je kat sini kn. Kali ni nak share pasal org lain plak la.. Sape?? Ntah la.. Saya pun tak kenal sape dia ni.. Tp nk marah la dgn sikap dia ni.. Saya tak tau la nape dia boleh bertindak demikian.. Buat ape korg tnya?? Tu, tgk tajuk tu.. Tajuk dh menggambarkan segala2nya.. "Awek yg menjolok mata..." Dasyatkan awek2 sekarang ni??... Tak tau la apa nak jadi dgn diorg ni..


Dh la.. Malas nk berceloteh panjang.. Buat tambah dosa je mengata org.. Huhu.. Korg tgk la sendiri gambar ni.. Pastu korg buat tafsiran sendiri ok.. Tak tau nk salahkn sape dlm hal ni...




Nah, tgk la..


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-






Hahahahaha.. Jangan marah ye kwn2 semua.. Sekadar hiburan utk hari ni..

;)

Friday, July 23, 2010

::lagu hari ini::





Hari ni tetibe plak terasa nak layan lagu ni.. Ntah la.. Mood jiwang dh sampai kot.. Huhu... Lagu2 lama ni kadang2 layan, mmg masyuk dan asyik sekali.. Mendayu2 je rase bile dgr.. Korg layan lirik je eh.. Lagu nyanyi sendiri la kalau nak.. ;)


.

.

.

.

Siapa Dia Sebelum Daku


Aku selalu memikirkannya
Siapa dia sebelum daku
Gadis kau puja hingga kecewa
Kini kau tak menyatakan


Aku pun jua sering tertanya
Siapa dia sebelum daku
Pria kau puja hingga merana
Kau merahsiakan dariku


Sejak kau wujud dalam hidupku
Semuanya telah terpadam
Bak bayangan yang indah
Di malam purnama
Di telan mentari pagi


Apa disentuh sejarah dulu
Hanya menyakit hati sendiri
Telah ditemukan kita berdua
Engkaulah sinar hidupku


Engkaulah sinar...
Engkaulah pelita...
Engkaulah sinar...
hidupku..





Ok.. Ni je utk kali ni.. Jumpa nanti ya semua...






p/s: Dalam hati ada taman.. Hahahaha...



Daaaa...


Tuesday, July 20, 2010

~K.A.W.A.N~





Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Just walk beside me and be my friend...





Tetibe rase nk bercerita psal kawan plak.. Nk abadikn mereka di sini sbb saya menghargai kehadiran mereka di sisi saya dan juga sebagai kenangan utk saya di kemudian hari..



Kepada semua kawan2 saya, ini adalah utk anda..



Saya bertuah ada anda di sisi saya.. Tak tau macam mana saya nk tnjukkan betapa saya amat menghargai anda2 semua.. Nak sebutkn nama, tak terdaya rasanya. Takut nant ada yg terlepas dr ingatan saya buat masa ni.. So, kepada sesape yg mengenali saya Nur Aida Md. Sahimi, anda la kwn2 yg saya maksudkan di sini.. Kehadiran anda membuat hidup saya ceria dan gembira.. Walaupun ada antara anda yg jarang dan lama saya tak hubungi, anda tetap kwn di hati saya. Sekali kita knal, selamanya kita akan berkawan..



Di sini saya ingin mengambil kesempatan utk memohon maaf jika selama kita semua kenal dan berkawan, saya ada melakukan kesilapan atau keterlanjuran kata kpd anda semua. Mohon maaf ikhlas dari saya. Sesungguhnya saya tidak bermaksud utk menyakiti or mengguris hati anda. Mgkin itu semua disebabkan oleh perangai dan sikap saya yg suka ckp lpas tu telah membuat byk yg terasa hati.. Itu semua terjadi tanpa saya sedari.. ~Maafkan daku wahai kwn-kwn ku sekalian~








Nant ada kelapangan, saya akan cube abadikan gambar kwn2 saya dan cerita2 mereka di sini.. InsyaAllah..






p/s: saya sayang kwn2 saya.. :)

Monday, July 19, 2010

::sukesuki::


Hari ni tak tau nk cerita apa kat sini.. Pening kepala melanda plak.. Berdenyut je rase.. Huhu.. Tp kn pagi td bgn je tido, x tau la mood ntah dtg dari mane.. Tetibe je saya rasa nk nmpak lain sikit ke ofis.. Kemeja dgn skirt tu dh biasa la kn.. Tp tang tudung tu.. Rajin la plak kn pagi2 nk melilit2 bagai.. Hahaha..



Layan la gaya cikAida ke ofis hari ni..



Smpai je ofis, trus ke toilet dulu la kn.. Btulkn pape yg patut.. Maklum la jarang mengenakan gaya tdung sebegini.. Mesti la kejap2 tgk cermin.. Huhu..

Adjust pape yg patut b4 dikomen oleh para perunding imejku sekalian nanti..



Ni kat meja saya.. Senada kn pakaian dgn sume brg kat tmpt saya.. Tetibe baru prasan plak persamaan tu..
(hitam..putih..kelabu..)




Buat keje la konon kn.. Hehe..





Gigih bekerja.. ^^





Cik Aida lagi.. masih tidak puas bergambar..




Ni yg terakhir..
.
.
.
.
.
.

Pakaian CikAida ke pejabat pada hari Isnin 190710.. ^^

Tu je la kot nk cerita hari ni.. Bosan tak?? Hahaha.. Layan kan je eh saya berangan nak jadi model sambilan sekejap.. Kalau ada gaya berani saya yg lain, saya akan update soon.. Tunggu la eh...

p/s: Thanks sume sbb memahami dan menyokong kerjaya sementara saya ni.. Tetibe plak kn... Hehehe...

Friday, July 16, 2010

::AKTIVITI::


Kali ni nk smbg story pasal aktiviti oh aktiviti dulu.. Ni aktiviti ke-2 yg saya nk share kat sini selepas aktiviti mkn di Tony Roma's hari tu.. Takde la gempak sgt.. Tp pd saya, ia sesuatu yg menarik sbb ni 1st time saya smpai ke tmpt ni.. Muara di Klang nun destinasi dituju.. Masih bercerita psal mkn lagi ok.. Thanks kpd CintaHati sbb bwk saya g tmpt mkn yg mnarik ni.. ^^
Ye, saya tau tmpt ni biasa2 je bg org yg dh slalu pegi.. Tp bg saya yg 1 st time smpai ni, sgt la teruja.. Huhu.. Ok la.. Meh layan gmbar la eh.. Tak tau dah nk mrepek ape.. Bile cerita psal mkn je, mest saya buntu utk mengarang ayat2 utk ditaip di sini.. Hahaha... Jom layannnnnnnnnn..



Aktiviti 2: seafood at Muara



1st time jejakkn kaki kat sini..



Baru smpai pun dh pnat.. Hehehe.. Ni CintaHati la suh bergambar dgn kereta.. Katanya kitorg tak penah lg amik gambar bersama kereta kami ini...


Amik angin kat kwsn sekitar dlu.. Haruslah bergambar jugak.. Sbb mcm awal lg je nk g mkn trus.. Time smpai tu baru pkul 5.30pm.. Ronda2 dulu la jwbnye...


Dh ready kat meja makan yg dh dibooked oleh CintaHati.. Sgt mnarik sbb dpt table btul2 tepi laut. Takde la serabut sgt dgn org lalu lalang..




Dh half way mkn baru teringat nak snap gambar makanan kami.. Huhu..


Menu kami berdua ialah:

sotong goreng tepung 3 ekor

siakap stim 1 ekor

kerapu masak 3 rasa 1 ekor

ketam masak sambal 2 ekor

pari bakar 2 ketul

air apple 1 jag

air kosong 2 gelas

.

.

.

.

Sedang berusehe utk habiskn semua makanan.. Akhirnye tak berjaya pun..
Setelah berhempas pulas, pari bakar tak disentuh sama skali.. Tapau bwk blk lah jwpannya..


Sgt gelojoh.. Pegi 2 org tp order mcm dtg 4 org.. Hahaha.. Terus terlupe ungkapan dari CintaHati, 'mkn sekadar nk merasa'.. Masing2 lupe diri bile tgk ikan segar depan mata.. Nampak sume menarik je.. Last sekali, mkn smpai nk muntah.. Hahahaha...

Pape pun, makanan kat situ mmg terbaik dari ladang la.. Sgt sedap dan harga pun berbaloi gak.. Akan ada next round ke situ nanti.. Seafood Muara Klang, tunggu kedatangan kami lagi!!!!....

Daaaaaaaa

::lagu&bunga::

Salam.. ;)




Pagi td kat Hot fm buat topik ala2 ada apa dengan lagu.. Lebih kurang mcm tu la isu nya.. Diorg bertiga tu, fafau, fbi dgn aG suruh cerita la psal lagu yg tak boleh dgr sbb meninggalkn kesan pd seseorang kalau tak silap.. Bgtau lagu apa, kenapa dan cerita di sebalik lagu tu.. Mcm2 cerita la ada pagi td.. Mcm layan je dgr cerita diorg2 tu.. Ingatkan nk join la. Nk share gak laguku.. Tp tgh drive plakkn.. Leceh la nk call ni. Apetah lg la nk menaip msg.. Sgt merbahaya ok.. Dont' drink and drive la konsepnya.. Hahaha... Tu yg timbul idea nak cerita je kat sini..Haha.. Kirenye kat sini, ape je yg terbuku ke, tak sempat nk share dgn semua org ke, semua ada la.. Mcm kat Astro tu, Macam2 ada!!... ;)




Nape letak gambar bunga??..





Ok, ni share dgn semua.. Lagu tu ada kene mengena dgn bunga ok.. Sbb tu la ada bunga.. Ala2 dalam hati ada taman gitu.. Haha.. Merepek lagi awk ni cikAida oii.. Sebenarnye lagu tu adalah dr kumpulan UG14.. Lagu tu saya dpt time saya smbung belajar kat kolej dulu.. CintaHati saya la yg bg kat saya. Sebab tu la jadi lagu kenangan.. Heheh.. Tajuk lagu tu ialah BUNGA LARANGAN.. Tp kan, masa dia dedicate lagu tu kat saya, kami belum bercintan cintun lagi.. Sgt semangat nk tau caner lagu tu sbb tak penah dgr.. Siap suruh adik saya g cari kaset kumpulan tu.. Ye la, time tu tahun 2005 mcm tu la.. Kaset masih menjadi pilihan lg.. Hehe.. Bila dh dpt tu, siap dgr la banyak kali.. Yg tak boleh tahan, semangat ni, sambil dengar, sambil salin lirik dia.. Haha..







Nape saya dpt lagu tu?? Ntah la.. Saya pun kurang fhm nape time tu dia bg saya lagu Bunga Larangan ni.. Korang pun tak payah la tau eh.. Tak penting pun.. Mgkin ada maksud tersirat kot.. Yang saya dgn dia je fhm.. Ni saya letak lirik lagu tu.. Korang tafsir la sndiri ye kalau ada kelapangan.. Saya tak paksa ok... ^^ Sambil tu layan la bunga2 yg saya tanam kat blog tersayang ni.. Semoga blog ni akan sentiasa harum subur mewangi.. Haha.. Apa2 je la tuan tanah oii.. Blog ko, suka hati ko la..



Bunga Larangan


Sekuntum bunga larangan
Tidak tercapai tangan
Haruman bunga semalam
Terlerai sudah

Inginku memilikimu
Duri yang bisa menghalangnya
Inginku menyayangimu
Sayangku insan tak punya apa

Aku musafir hina
Kini terluka di taman cinta
Engkau yang aku sayang
Bunga larangan
Sudah suratan takdir Tuhan
Mekarmu sayang di jambangan orang

Terpaksa kau kutinggalkan
Dalam sejarah cinta
Tinggallah bunga tersayang
Dalam kenangan
Engkaulah bunga larangan...




Caner ek rupanya bunga larangan ni?? Kalau bunga ros ke lily ke tau la... Korg tau ke caner bunga tu?? Penah jumpa tak kat mane2??.. Hehe..


Mungkinkah ini kot bunga larangan tu.???.



.



.



.


~Ni bunga citra lestari la~ .. Hahaha... ^^



Atau yg ini.??..

.

.

.

.

Ini bunga rafflesia la..


Ros biru saya punya.. Hehehe...


Ok la eh.. Saya pun tak tau caner rupa bunga larangan tu sebenarnya.. Kalau nk tau gak, try la cari sendirian berhad k.. Sorry tau... ^^


Daaaaa....



p/s: Saya sgt suka akan ros biru ok...