::suka duka seorang saya:: ...

Tuesday, July 19, 2011

Floria 2011




Putrajaya Floria 2011 - Ros Untuk Selamanya...




Assalamualaikum wbt...

Hello semua..



Kali ni nk share story pasal Floria 2011.. Festival Bunga & Taman Putrajaya 2011..


Untuk makluman semua, FLORIA sekali lagi telah diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Acara ini berlangsung dari 9hb-17hb Julai 2011yang lalu.


Alhamdulillah, tahun ni diberi kesempatan untuk join dan melihat sendiri pesta bunga-bungaan ni.. Kalau tak, mkn hati je tgk gambar org kan..


Time pegi ni dh last day pun. Bunga bunga ada yg dah layu hampir menyembah tanah.. Tp still nampak menarik dan berwarna-warni. Sejuk mata memandang.. Tp badan berpeluh peluh sebab cuaca sgt la panas.. Tp pelik, masih ada family yg sanggup kendong anak kecik sekali time tu. Apa nak buat kn, minat punya pasal.. Cuma kesian kat baby tu la.
Kitorg (sy dgn en. cintaHati)yg besar panjang ni pun tak tahan, ape ntah la diorg yg kiut miut tu..


Kitorg sampai mmg tgh panas sangat2 la cuaca time tu. Dalam pukul 2 lebih kalau tak silap. Nak cari parking agak mencabar kesabaran gak la. 3 kali pusing baru dpt. Yg banyak kosong nun jauh sebatu. Mmg tak kuasa la kn nak berjalan nanti.


Kat festival ni bkn saje ada pameran bunga. Tapi ada gerai gerai yg menjual segala jenis pokok. Gerai jual makanan pun sangat banyak.. Mmg menarik dan sangat best.. Lagi satu, kalau tak silap, ada gak pertandingan terbuka. "Pertandingan Taman Sekolah dan Universiti & Pertandingan Seni Flora".
Kitorg tak pegi pun semua tempat.. Pilih kawasan yg depan depan je sbb tak sanggup nk bersesak sesak.



Jom la layan gambar.. Tak tau dah nk story apa.. Gambar ni mengikut turutan aktiviti kitorg kat sana.. Dari mula kitorg jejak kaki kat situ, sampai la kitorg gerak balik.. Hehe..









Dah hampir layu bunga bunga ni. Tp warna masih nampak menarik kan..




Nampak tak bunga yg hampir layu tu..
Rasa nk cabut, pastu blk tanam dan siram kat rmh nanti..




Budak excited dpt tgk banyak bunga..


Harum subur mewangi ~~~~


Nampak mcm nak cium bunga tu kan.. Tp tak pun. Tak prasan hidung dh dekat dgn bunga tu..



Amacam.. 1 Malaysia tak?? Haha.. Berdepan dgn replika ni, ada kolam dgn sefamily itik.. Tak sempat nk snap gambar sbb malas nk tggu turn.



Ni gambar kat kawasan taman yg dideco oleh Negeri Pulau Pinang. Sebab tu ada buah pinang tu.. Snap kat pintu masuk je. Tak larat plak nk masuk ke dalam..




Ok. Next ni gambar gambar kat kawasan "Pertandingan Taman Sekolah dan Universiti & Pertandingan Seni Flora".


Ros yg masih segar. Menarik gak susun atur taman tu.. Direka oleh salah satu sekolah kat Putrajaya tu kalau tak silap..






Tak nampak bunga sbb bunga bunga dihias kat luar kat tepi kerusi tu..



Sgt suke diorg letak kain mcm tu.. Nampak menarik..
Nak plak warna putih.. Nampak berseri je..



Kat tepi tu ada kolam.. (Maaf tak nampak kolam, sbb tukang snap gambar tu suke sgt fokus kat sy je.. Sampaikn apa yg ada kat sekeliling diabaikan..) Hehe..

Tak semua gambar kitorg snap kat kawasan pertandingan ni.. Mana yg sempat je kitorg singgah.. Ada banyak lagi.. Semua menarik dan kreatif..


B4 balik tu, sempat la kitorg pusing gerai gerai yg jual pokok pokok.. Ada pokok bunga, pokok buah-buahan.. Pokok herba dan ulam-ulaman pn ada. Tp yg byk, diorg jual pokok orkid.. Macam macam warna ada..

Sy beli 2 jenis pokok bunga. Nak bg kat mak.. Nama bunga tu sy tak tau.. Main rembat je sbb nampak cantik..





Ni model bunga tu.. Boleh??... Hehe...

Ok, tu je cerita Floria 2011.. Memang seronok.. Kalau berpeluang gi malam lg layan sebab ada pertunjukkan bot berhias.. Lagi 1, kalau nak beli pokok pokok dgn harga murah, dtg waktu malam pada hari terakhir.. Sebab mamat tmpt sy beli bunga tu cakap, "kalau nk diskaun, akak dtg la malam nanti"..

Orait, tu je nk share pasal Floria 2011 ni..
Daaaaaaa..