::suka duka seorang saya:: ...

Sunday, March 20, 2011

~payah~

Kadang kadang sgt susah utk memuaskan hati semua org. Apa je yg kita buat belum tentu orang akan suka. Belum pasti org boleh terima. Walaupun kita dh cuba sedaya upaya, tp pasti akan ada yg tidak berpuas hati. Seharusnya kita perlu bersabar bila berhadapan dgn situasi begitu. Jgn cepat mengalah dan jangan biarkan itu semua mempengaruhi hidup kita.. Kita yg berhak ke atas diri kita. Selagi kita rasakan apa yg kita buat tu betul, teruskan. Jangan peduli pada apa kata org. Mmg semua ada hak untuk bersuara. Tp kita yg menentukan hidup kita. Yg penting kita harus kuat dan tabah. Menangis la kalau itu boleh memberi ketenangan kpd kita. Air mata yg menitis bkn tanda sebuah kegagalan dan juga bkn melambangkan kelemahan kita. Kalau dgn cara itu mampu melegakan hati dan perasaan kita, menangis lah.


Jangan sesali apa yg dah ditakdirkan pada kita. Jika kita dpt apa yg kita ingini, bersyukur lah. Jika tidak, teruskan berusaha. Mungkin Dia mahu menguji kita. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Jangan pernah rasa jemu untuk meminta pertolongan dariNya. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan..