::suka duka seorang saya:: ...

Sunday, March 20, 2011

~payah~

Kadang kadang sgt susah utk memuaskan hati semua org. Apa je yg kita buat belum tentu orang akan suka. Belum pasti org boleh terima. Walaupun kita dh cuba sedaya upaya, tp pasti akan ada yg tidak berpuas hati. Seharusnya kita perlu bersabar bila berhadapan dgn situasi begitu. Jgn cepat mengalah dan jangan biarkan itu semua mempengaruhi hidup kita.. Kita yg berhak ke atas diri kita. Selagi kita rasakan apa yg kita buat tu betul, teruskan. Jangan peduli pada apa kata org. Mmg semua ada hak untuk bersuara. Tp kita yg menentukan hidup kita. Yg penting kita harus kuat dan tabah. Menangis la kalau itu boleh memberi ketenangan kpd kita. Air mata yg menitis bkn tanda sebuah kegagalan dan juga bkn melambangkan kelemahan kita. Kalau dgn cara itu mampu melegakan hati dan perasaan kita, menangis lah.


Jangan sesali apa yg dah ditakdirkan pada kita. Jika kita dpt apa yg kita ingini, bersyukur lah. Jika tidak, teruskan berusaha. Mungkin Dia mahu menguji kita. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Jangan pernah rasa jemu untuk meminta pertolongan dariNya. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan..



Friday, March 18, 2011

INTERNATIONAL STUDENTS TRIP TO MALACCA



Hi semua..

Ni nk share cerita last weekend. Ahad lpas sy ke melaka. Bwk international student. Memula tu malas gak nk join. Sbb fikir mesti bosan kn. 1 day trip je. Apa sgt la yg boleh nk buat kat sana.. Tp bila fikir blk, dpt gi jenjalan free, haruslah follow je kn.. Nk plak boleh claim OT, lagi ar laju menjoinkn diri.. Bkn buat apa sgt pun. Student semua dh besar pjg, dh pandai bwk diri masing2.. So yg staff ni apa lg, buat hal sendiri je la.. Seronok gila melepak kat sana. Yg buat lg best tak hingat, mkn pn turut ditaja hokey.. Thanks to my boss. ;)

Ahad tu kitorg bertolak dlm pkul 9 dari Pintar Campus. Pastu brenti breakfast kat hentian seremban. Lpas dh isi perut kitorg dgn perut van, perjalanan diteruskan. Tempat pertama kitorg singgah kat Taman Mini Malaysia.. Kat dalam tu biasa biasa je. Ada contoh rumah rumah tradisional mengikut negeri kat Malaysia ni. Student yg sibuk berposing dari 1 rumah ke 1 rumah. Habis diorg tawaf taman mini tu. Kitorg yg staff staff ni dok melepak je kat tepi entrance tu. Malas nk berpanas dan bersesak sesak dgn org ramai. Sementara tunggu student habiskn tawaf, kitorg bergosip sambil mkn jajan yg dibawak. Huhu..

Lepas dh bermandi peluh kat Taman Mini tu, kitorg teruskan perjalanan ke Bandar Melaka. Kat situ pun kitorg lepaskan student student tu bergerak sendiri. Ikut diorg la nk ke mana. Yg penting, pkul 4.30 pm kena berkumpul semula kat tempat yg dh dijanjikan. So kitorg yg bukan student ni melepak lagi. Masing masing malas nk jalan jalan. Bershopping la kitorg kat dalam Dataran Pahlawan Melaka Megamall tu.

Dah dekat pkul 4.30 tu, tak nampak pun batang hidung student student. Masing masing tak muncul kat tempat yg dijanjikan tu. Puas la kitorg dok mencari diorg sbb bas dh tunggu. Dah la area situ payah nk parking. Ni plak kena menunggu. Mmg panas je abg driver bas time tu. Dlm 20 mnit lepas tu, semua dh berkumpul. Bas dah bergerak blk kL. So kitorg yg staff ni menuju ke van yg diletakkn kat dlm parking area Mahkota Parade. Baru je nk memulakan perjalanan blk, ada 1 insiden plak berlaku kat kitorg. Ada 1 abg department kitorg tu bwk kereta sendiri. Time dia gi kat kereta dia, baru dia perasan kunci kereta dia takde. Memula dia ingat ada kat wife dia. Sekali tnye, wife dia ckp mana ada dia simpan kunci kereta tu. Muka abg tu dh pucat. Menggelabah gila dia time tu. Terus dia lintas nk gi cari kat tempat dia lepak mkn b4 tu.. Kitorg plak tlg cari kat area area situ.. Dekat 15 minit cari, masih tak jumpa gak. Pastu wife abg tu tetibe terfikir nk gi tanya kat kaunter pertanyaan shoping mall situ. Alhamdulillah, kunci ada kat situ. Pekerja mall tu ckp, ada org bagi kunci tu kat situ. Nasib baik la org tu terfikir nk buat mcm tu. Kalau tak, mmg sampai kesudah la tak jumpa kunci tu semula.. Bila dh dpt kunci tu, mslh plak nk mencari abg tu. Sebabnya henfon dia bateri kong. So kitorg tak dpt nk contact dia nk bgtau yg kunci tu dh jumpa. Terpaksa la tunggu dia dtg kat kitorg. Lepas dh settle semua, kitorg pun bergerak blk kL. Dalam perjalanan blk tu, my boss ajak singgah mkn dulu kat Pengkalan Balak. Layan seafood kat tepi laut. Nyaman, enak sekali. Tengkiu boss.. Tp time ni, staff je la yg lepak mkn. Student kn naik bas. Diorg dh gerak dulu. Ntah ntah dh nk sampai kL kot time tu..

Dah settle mkn, pastu bergambar sekeping dua, kitorg teruskn perjalanan blk. Bila dh masuk highway, jalan sesak tak hengat. Macam musim perayaan plak rasanya time tu. Kereta byk gila, dgn accident sana sini, mmg jammed teruk la.. Dekat dekat 10.30pm kitorg sampai office.

Trip ni biasa biasa saje sy rasa. Yg buat best tu sbb semuanya ditanggung beres. Walaupun penat, tetap enjoy..

Korang, sy ada lagi 1 trip nk gi hujung bln ni. Bwk international student gak. Program homestay kat Pulau Tioman. Nanti sy share cerita tu ok.. Pada kwn sy yg tak dpt join tu, jgn tension tension k. Ada rezeki nanti, sy ajak awk join skali k..



Ni ada gambar sikit untuk tatapan kita bersama ;)

Ni bkn student tau :)


Daniel (anak boss) yg cute & friendly..


Ni tuan blog bergambar kat rumah negeri kedah..


student student dgn staff


tuan blog dgn student dr Mexico





sy dgn daniel.. kat mana je sy ada, mesti daniel ni ada skali ;)


@ Bandar Hilir


kat pengkalan balak


b4 balik















p/s: moga trip trip ni dpt hilangkn sikit stress kat ofis tu.

Tuesday, March 1, 2011

~bizi~

hello korg!!



Bertemu lagi kita.. Maaf sbb lame biarkn blog ni senyap sunyi.. Siap ada yg komplen ckp lame sgt nk tggu cerita baru.. Maaf la ye.. Bkn takde benda nk share.. Ada tau. Banyak hokey cerita nk letak kat sini.. Cuma kekangan masa yg membataskan segalanya..


Macam macam hal.. Workload makin bertimbun. Sana sini problem.. Dgn masalah kat tmpt keje, masalah berbangkit itu ini, dicampur lagi dgn masalah cintan.. Naik pening kepala ni dibuatnya. Nasib baik la masalah dgn siDia tu tak melarat. Kalau tak, mahu gila jadinya..


Ni ha dh berderet entri dlm draft tu. Tunggu masa utk diupdate je.. Bila la agaknya blog ni boleh jadi mcm blog org lain tu?? Sentiasa ditempek cerita terkini dan sensasi.. Ni tak, sebulan 1 entri. Tu pun kalau bernasib baik ada masa nk ngadap bnda ni.. Kalau tak, makan tahun la baru korg dpt baca cerita baru sy..


Pape pun, setia la ye tunggu cerita cerita dari sy..