::suka duka seorang saya:: ...

Monday, December 20, 2010

::Scrumptious Restaurant::



Salam..





Tanggal 4 December 2010 yg lalu, sy bersama cintaHati berkesempatan menjamu selera di Scrumptious Restaurant. Dah lama sebenarnya dok mencari tempat ni. Alhamdulillah, sampai gak akhirnya. Yang buat lg teruja, dpt g situ sempena dgn date yg agak bermakna buat kami berdua..

1st time smpai kan, so agak lama gak la dok belek2 menu.. Semua nmpak sedap dan menarik.. Sy haruslah mencari something bertemakan ayam.. Hehe.. Lepas dh order, haruslah berlegar2 dlm tmpt tu.. Cantik bangat dekorasinya.. Kami pun apa lg, bergambar sakan la.. Nak plak time tu org tak ramai lg.. Dh mcm tmpt sendiri plak kitorg buat..


So, enjoy la tgk gambar eh.. Dah mcm duta tmpt mkn ni plak rasa.. Hahaha... Nk cerita psal menu, hampeh la kn nk ingat. Nama menu sendiri pn lupa, inikan plak nama yg berderet2 dlm menu tu.. Mmg mntak maaf la ye.. Huhuhu...




time baru sampai..



lepak jap b4 makanan sampai..


best3 :)




cantikkan....



model almari plak ke? ;)





tgh ambik pesanan ni ;)





silakan masuk.....



makanan dah sampai.. nyum nyummmm...



b4 balik....





Ok. Tu je.. Daaaa.....

Kalau sesape yg mahu cube mkn kat tmpt ni, ni sy ada detail sikit...

No 5, Jalan Liew Weng Chee,
Off Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
Tel / Fax : 03-2161 6116
Email : admin@scrumptious.com.my
Twiter : ScrumptiousRest
Blog : www.scrumptiousrestaurant.blogspot.com


p/s: Thanks to cintaHati sbb bwak saya dtg sini..

Friday, December 17, 2010

mungkinkah semuanya akan berakhir.....












masih menjadi

Tanda tanya ???


Thursday, December 16, 2010

~adakah~

Adakah saya perlu...


menjadi yg pertama utk memulakan ia semula,



Adakah saya perlu...



merendahkan keegoan saya sendiri,




Adakah saya perlu...


mengalah saja,




Adakah saya perlu...


memohon kemaafan terlebih dahulu,




Adakah saya perlu...



menunggu dan terus menunggu,












hanya kerana tak nak hubungan istimewa ini
menemui titik noktah...











p/s: jangan biarkan saya keseorangan :(

Tuesday, December 14, 2010

::matahari::




Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.
Cinta itu seperti sinar matahari,TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari.
Cinta itu seperti sinar matahari yang
MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..





jiwa kacau

Salam...



Sangat2 tak tentu arah rasenye hdup sejak kebelakangan ni.. Ada je yg x kene. Ntah la..
Tekanan perasaan melanda.. Cume nk bgtau,




Saya sedang mengalami jiwa kacau :(

Monday, December 13, 2010

C.I.N.T.A



Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ?









Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya..







...Itulah Cinta…




Thursday, December 9, 2010

Berapa ramai suami yang boleh jadi imam ???

Salam..
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 buat semua.. Semoga kedatangan tahun baru ini akan melimpahkan rezeki, kesihatan yg sempurna dan kegembiraan buat kita semua. Diharap segala amalan kita membawa kpd penghijrahan yg lebih baik dan sempurna. InsyaAllah...


Ok. Berbalik pada tajuk td, ada something saya nk share kat sini.. Saya dpt dr kwn saya td.. So pada tuan punya email ni, saya mintak izin ye utk letak kat sini. Just nk share dgn semua org... Thanks ya..


Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?"
Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering digunapakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"

Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila
dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki juga begitu! Sekian..



p/s: Renung2kan dan selamat beramal.. :)