::suka duka seorang saya:: ...

Friday, July 22, 2011

harimau malaya vs chelsea



Assalamualaikum wbt...

Salam 1 Malaysia!




Kali ni nak share cerita pasal pengalaman baru dalam hidup sy. Bagi org lain mungkin dah biasa. Tp bagi sy, ni la pertama kali merasainya..





MALAYSIA vs CHELSEA - (21 JULAI)
Stadium Nasional Bukit Jalil 8:45 malam



Bukan nak cerita pasal 1st time tgk Chelsea main secara live. Tapi nak cerita pasal pengalaman pertama tgk game bola kat stadium.. Gila batak kan sy.. Ni pun sebab ada org nk bawak gi Bukit Jalil tu.. Kalau tak, tak tau la sampai bila nak kena tunggu..

Ok, sambung cerita pasal pengalaman ni.. Kejadian gi stadium ni mmg tak dirancang pun. Semua berlaku last minute. Sebab utamanya berkenaan tiket masuk.. Tghari khamis tu, ada 1 tiket je.. Perasaan mcm dh frust gila-gila... Tp still usaha cari sana sini.. Alhamdulillah, menjelang ptg, ada perkhabaran gumbira.. Sudah dpt tiket lg 1.. Yg seronoknya, tiket tiket tu ditaja dan haruslah FOC.. Makanya.. Stadium Nasional, kami datanggggggggg!!!!!!!... Hahaha..

Ptg tu gerak naik motor je. So awal la sampainya.. Dalam pukul 6.45pm dh tercongok kat tmpt parking motor tu.. Sementara nak tunggu kawan kawan lain sampai, kitorg sempat la pusing pusing kat luar stadium tu. Nak cari jersi sebenarnya.. Pusing punya pusing, tak jumpa yg menarik di hati. Bukan dr aspek design la kan, sbb semua yg dijual kat situ, lebih kurang or sama je design dgn materialnya. Tapi dr segi harga, rasa macam kurang sesuai la.. Biasa la kan, time ni je la para peniaga ni nk cari untung sikit.



Tiket kami... (Akhirnya dpt tiket entrance sama)..






Tak dpt jersi. Tp dpt mafla ni.. Ok la kn , dr tak dpt apa apa..



vs


harimau malaya tetap di hati.. (aaauuum aaaummm)








Semangat waja tak?? Hahaha



Jumpa lagi Bukit Jalil...




Mau pulang sudah..


Jumpa lagi di next game..

Daaaa~~~

Tuesday, July 19, 2011

Floria 2011




Putrajaya Floria 2011 - Ros Untuk Selamanya...




Assalamualaikum wbt...

Hello semua..



Kali ni nk share story pasal Floria 2011.. Festival Bunga & Taman Putrajaya 2011..


Untuk makluman semua, FLORIA sekali lagi telah diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Acara ini berlangsung dari 9hb-17hb Julai 2011yang lalu.


Alhamdulillah, tahun ni diberi kesempatan untuk join dan melihat sendiri pesta bunga-bungaan ni.. Kalau tak, mkn hati je tgk gambar org kan..


Time pegi ni dh last day pun. Bunga bunga ada yg dah layu hampir menyembah tanah.. Tp still nampak menarik dan berwarna-warni. Sejuk mata memandang.. Tp badan berpeluh peluh sebab cuaca sgt la panas.. Tp pelik, masih ada family yg sanggup kendong anak kecik sekali time tu. Apa nak buat kn, minat punya pasal.. Cuma kesian kat baby tu la.
Kitorg (sy dgn en. cintaHati)yg besar panjang ni pun tak tahan, ape ntah la diorg yg kiut miut tu..


Kitorg sampai mmg tgh panas sangat2 la cuaca time tu. Dalam pukul 2 lebih kalau tak silap. Nak cari parking agak mencabar kesabaran gak la. 3 kali pusing baru dpt. Yg banyak kosong nun jauh sebatu. Mmg tak kuasa la kn nak berjalan nanti.


Kat festival ni bkn saje ada pameran bunga. Tapi ada gerai gerai yg menjual segala jenis pokok. Gerai jual makanan pun sangat banyak.. Mmg menarik dan sangat best.. Lagi satu, kalau tak silap, ada gak pertandingan terbuka. "Pertandingan Taman Sekolah dan Universiti & Pertandingan Seni Flora".
Kitorg tak pegi pun semua tempat.. Pilih kawasan yg depan depan je sbb tak sanggup nk bersesak sesak.



Jom la layan gambar.. Tak tau dah nk story apa.. Gambar ni mengikut turutan aktiviti kitorg kat sana.. Dari mula kitorg jejak kaki kat situ, sampai la kitorg gerak balik.. Hehe..









Dah hampir layu bunga bunga ni. Tp warna masih nampak menarik kan..




Nampak tak bunga yg hampir layu tu..
Rasa nk cabut, pastu blk tanam dan siram kat rmh nanti..




Budak excited dpt tgk banyak bunga..


Harum subur mewangi ~~~~


Nampak mcm nak cium bunga tu kan.. Tp tak pun. Tak prasan hidung dh dekat dgn bunga tu..



Amacam.. 1 Malaysia tak?? Haha.. Berdepan dgn replika ni, ada kolam dgn sefamily itik.. Tak sempat nk snap gambar sbb malas nk tggu turn.



Ni gambar kat kawasan taman yg dideco oleh Negeri Pulau Pinang. Sebab tu ada buah pinang tu.. Snap kat pintu masuk je. Tak larat plak nk masuk ke dalam..




Ok. Next ni gambar gambar kat kawasan "Pertandingan Taman Sekolah dan Universiti & Pertandingan Seni Flora".


Ros yg masih segar. Menarik gak susun atur taman tu.. Direka oleh salah satu sekolah kat Putrajaya tu kalau tak silap..






Tak nampak bunga sbb bunga bunga dihias kat luar kat tepi kerusi tu..



Sgt suke diorg letak kain mcm tu.. Nampak menarik..
Nak plak warna putih.. Nampak berseri je..



Kat tepi tu ada kolam.. (Maaf tak nampak kolam, sbb tukang snap gambar tu suke sgt fokus kat sy je.. Sampaikn apa yg ada kat sekeliling diabaikan..) Hehe..

Tak semua gambar kitorg snap kat kawasan pertandingan ni.. Mana yg sempat je kitorg singgah.. Ada banyak lagi.. Semua menarik dan kreatif..


B4 balik tu, sempat la kitorg pusing gerai gerai yg jual pokok pokok.. Ada pokok bunga, pokok buah-buahan.. Pokok herba dan ulam-ulaman pn ada. Tp yg byk, diorg jual pokok orkid.. Macam macam warna ada..

Sy beli 2 jenis pokok bunga. Nak bg kat mak.. Nama bunga tu sy tak tau.. Main rembat je sbb nampak cantik..





Ni model bunga tu.. Boleh??... Hehe...

Ok, tu je cerita Floria 2011.. Memang seronok.. Kalau berpeluang gi malam lg layan sebab ada pertunjukkan bot berhias.. Lagi 1, kalau nak beli pokok pokok dgn harga murah, dtg waktu malam pada hari terakhir.. Sebab mamat tmpt sy beli bunga tu cakap, "kalau nk diskaun, akak dtg la malam nanti"..

Orait, tu je nk share pasal Floria 2011 ni..
Daaaaaaa..

Tuesday, May 10, 2011

pizza hut





Assalamualaikum wbt....





Just nk share pengalaman gi makan pizza hut sempena hari ibu tahun ni.. Saje nk feeling macam dah jadi mama beranak satu. Haha.. Time tu takde plak bwk mak saya sekali sbb adik beradik yg lain dh plan nk buat makan makan kat rumah. Mak kitorg ni jenis yg payah sikit nk gi makan kat luar.. So kitorg beli pape, makan kat rumah je la nanti. Kat mana mana pn sama je kalau nk celebrate. Yang penting ingatan kita kat mak kita tu.




Ok, berbalik pada cerita saya.. Saya dan siDia singgah makan pizza kat Wangsa Maju yg bersebelahan dgn Carrefour tu.. Suka gi situ sbb ruang makan mcm lapang je. Cuma parking la leceh sikit. Agak limited coz campur dgn customer KFC kat sebelahnya.. Tp still ok la.




Time order tu, staff situ cakap ada special menu sempena hari ibu.. So kitorg pn decide la nk try. Kitorg order "Mommy Dearest Pizza".. Nampak mcm menarik je kan.. Dengan bentuk yg unik tu. Mmg excited la.. Actually diorg ada 2 combo untuk promotion tu. 'Mommy Dearest 1' dgn 'Mommy dearest 2'. Kitorg amik Combo 1, recommended for 2 person katanya.










Menarik kan.. Bentuk heart pizza ni.. Sgt sesuai dgn org perempuan especially para ibu ibu sekalian termasuk la ibu yg perasan ni.. Hahaha..







Dah settle order, dgn penuh kesabaran tunggu makanan sampai. Nasib baik org tak ramai sgt. Takde la kena tunggu lama kn.. After 10 minit, pizza pun sampai..



Muka excited dapat pizza bentuk hati.. Siap boleh ckp time tu, macam sayang plak nk makan.. Nasib baik sempat snap gambar ni.. Boleh la buat kenangan. Hehe..









Dah selesai makan, b4 balik haruslah bayar dulu kan.. Masa kat kaunter pembayaran tu, ada sorg staff diorg tgh sibuk meniup belon berbagai bentuk.. Saya apalagi, mintak la 1 dgn muka yg takde perasaan malu.. Tapi tak sempat plak nk bergambar dgn belon tu..




Balik rmh, sempat paksa anak buah kesayangan jadi model dgn belon tu.. Haha...









Belon pun bentuk heart kan.. Sgt comel.. Nak plak dgn warna pink tu.. Sape yg dapat tu, mmg terserlah la sifat keibuan mereka.. Motif?? ;)










p/s: Selamat Hari Ibu untuk mak kesayangan saya, Pn. Rahmah bt. Ab Wahab..

Friday, May 6, 2011

::cuti hari pekerja::









Hi rakan rakan semua...








1 Mei merupakan cuti umum untuk semua pekerja di Malaysia.. Yg bestnye tahun ni 1 Mei tu jatuh hari Ahad kn. So Isnin tu dpt la cuti ganti. Makanya, semua dpt bercuti selama 3 hari..














Ni nak cerita pasal aktiviti saya pada hari Isnin tu. Saya ingatkn nk rehat je la kat rmh sbb jarang dh dpt bercuti sekarang ni.. Malam Ahad tu siap terlene awal lg. Dalam pukul 11pm dah selamat berlayar.. Tetibe saya terjaga jap dlm pukul 3pagi.. Perkara pertama bila terjage tgh malam, saya mesti cari henfon saya. Check henfon ada 1 sms.







'Esok bgn awal. Kite ada aktvt. Kul 8.30 siap..'








Lepas baca tu, terus sambung tido blk. Tgh mamai plak kn. Tak terfikir pape la time tu.. Esok tu bila bgn pagi, baru teringat blk sms tu. Dengan pantas saya call cintaHati. Tanya dia aktiviti apa yg dimaksudkan. Dia tak nak bgtau plak. Dia suruh saya siap je. Lg sejam dia sampai katanya.. Maka dengan itu, saya pn bersiap la tanpa tahu apa aktiviti yg akan dibuat..

Dalam pkul 9 lebih kitorg gerak dari rmh saya. CintaHati masih nak berahsia arah tuju kami pagi tu. Saya diam je dalam kereta. Malas nk tanya banyak kali. Saya ikut je mana dia nak bwk saya. Dalam setengah jam perjalanan, kitorg sampai kat Sunway Pyramid. Dalam kepala otak saya, terfikir mesti nak ajak tgk movie la ni.. Ikut je la.. Bila dh masuk dlm tu, arah tuju tu mcm hale ke bwh sedangkn movie kat atas.. Lepas dh puas tnya baru la dpt tau rupanya nak bwk gi layan ice-skating. Ingatkan gi tgk org main. Ya ampun.. Perasaan cuak time tu tak payah ckp la.. Gerun gile sbb tak penah layan benda alah tu sebelum sebelum ni.. Jangan kan ice skating, Roller skates or Rollerblade pun tak penah sentuh.. Tapi nk buat caner kn, dh bayar semua, kene la masuk main gak..









Rate boleh refer kat bwh ni..












Visitor Pass RM 2.00 per entry
RM 4.00 multiple entry










Socks RM 5.00 per pair *
Gloves RM 8.00 per Pair *
Locker rental RM 2.00 per token (1 token per usage)








*Wearing of Socks and Gloves are compulsory



















Kelakar sebenarnya main benda alah ni bagi sesape yg tak reti nk main mcm saya ni.. Bile kat dlm tu, nk gerak kena berpaut kat besi-besi sekeliling tu. Org lain bkn main layan lagi meluncur dgn senang hati.. SiDia pun boleh tahan gak la layannye ber'ice-skating'.. Kitorg lepak dlm tu dalam dua jam lebih gak. Sempat la saya buat 5 ke 6 pusingan. Pusingan besar tau.. Sbb berjalan kat tepi-tepi penghadang tu. Maklum la, senang sikit nk pegang besi.. Hahaha.. Dua kali gak la saya jatuh tergolek sbb nak try meluncur tanpa pegang besi tu. Bila lepaskan besi, rasa confident je nk meluncur. Sekali bila dh grak, amik ko, lintang pukang jadinya.. Bila dh jatuh kn, nk bangun balik tu pnye la seksa sbb payah kot nk dapat imbangkan badan semula. Mntak tlg cintaHati, pastu sekali dgn dia tergolek gak. Nasib baik la tak basah kuyup pakaian kitorg.

















Perut pn dh menyanyi lagu dondang sayang bagai, dalam pkul 12pm kitorg keluar dari situ. Ingat dapat la terus gi lunch, sbb dari pagi tak sempat breakfast. Rupanya ajak gi survey movie dulu plak. Beli tiket cerita Thor. Siap amik Thor 3D lagi.. Pastu kitorg gi makan dulu. Layan lunch kat Burger King. Lepas dh kenyang, sementara nk tunggu movie start, kitorg layan main bowling 1 game dulu. Penat gile. Sakit tergolek mase main ice-skating pn tak habis lg, dah tambah sakit menghayun bola tu.. Tp enjoy la sbb menang.. Pastu kitorg g layan movie plak. Cerita Thor tu ok la. Boleh la layan gak.. Malas plak nk buat ulasan psal cerita tu.. Kalau nak tau, tgk sendiri la eh.. Hahahaha..








Tu je la antara aktiviti saya masa cuti hari buruh tahun ni.. Sangat padat dan memenatkan tapi enjoy..








Ok, jumpa di next entri.. Daaaaaaa..










Wednesday, May 4, 2011

::seoul garden::




Assalamualaikum..


Sabtu lepas, saya berpeluang gi dinner kat Seoul Garden. Cintahati saya bermurah hati nak belanja mkn kat situ lepas dh banyak kali tak jadi gi. Kebetulan Sabtu tu saya kerja, so lpas hbis kerja tu terus kitorg plan nk gi situ. Kitorg gi mkn kat Seoul Garden yg kat Bangsar tu. Plaza Pantai, Kuala Lumpur kalau tak silap nama tempat tu.. Yg dekat dgn Menara TM tu. Parking agak limited. Time tu kitorg sampai around 6pm. Dh ada yg tunggu kat dpn kedai tu. Tak bukak lg rupanya time kitorg sampai tu. Dlm 10 minit tunggu, kitorg tgk dah ada yg bergerak masuk. Kitorg pun apa lagi, join masuk gak la. Takut takde tempat sbb selalunya yg nak gi mkn situ, akan buat reservation dulu.. Nasib baik la masih ada table kosong utk kitorg berdua.. Kami amik table tepi tingkap.. Agak panas keadaan dalam tu. Tak selesa kalau nk lepak lame lame... Tp bayar mahal kn. Rugi plak kalau lepak tak sampai sejam..

Satu kepala untuk set dinner diorg caj RM 35.88++.. (Refillable beverages RM 3.99+).. Dan kalau tak silap saya, kalau makanan yg kita amik tu berlebihan, kita akan dicaj RM10 untuk 100gram.. So, untuk mengelakkn tu semua, korg amik la sikit sikit dulu. Rasa nk tambah, baru gi amik lagi. Jangan main amik sekali banyak terus. Banyak gak pilihan yg ada. Tapi tak sempat plak nk snap gambar gambar makanan yg ada kat situ sebab rasa kurang selesa. Ruang dlm tu agak sempit, dgn meja meja yg disusun dekat dekat. Agak terbatas pergerakan..

Secara personal, saya lebih prefer untuk layan makanan mcm ni kat Flaming Steamboat. Walaupun ruang kat sana terhad gak, tp keadaan dlm lebih selesa. Tak panas sgt dan rasa lebih tenang nk mkn.. Cume kelebihan kat Seoul Garden, diorg sediakn makanan utk di'grill' gak. Layan la sbb ada lamb, ikan, ayam.. Sos pun menarik gak. Banyak pilihan..

Bagi yg jenis mkn banyak, agak berbaloi la gi mkn kat situ. Untuk yg makan pun nk cover cover tu, elok tak payah dtg tempat ni. Sebab byar tinggi, tapi makan sikit. Sangat rugi rasanya.. Tp kalau yg berkemampuan tu tak salah la.. So make sure sebelum dtg sini, pastikan perut betul betul kosong.. Baru la best nk isi penuh penuh.. Hahahaha..









Ni je la gambar yg sempat disnap.










p/s: Next month nk gi makan kat Sabak Steamboat & BBQ plak la.. Tempat ni kat Taman Melati.. Kalau jadi pegi, nanti saya update k.. ;)


Sunday, April 24, 2011

~raja buah~

Hello semua...


Best tak tajuk ai hari ni??... Sape yg tak kenal raja buah, meh ai tunjukkan gambarnya..


*



*


*


*




Rileks la korg.. Lap air liur yg meleleh tu dulu.. Ni baru tgk gambar kan.. Cube bayangkan kalau buah ni ada kat depan mata.. Fuhhh!! Layan gila wa cakap sama lu.. Rugi la sape yg tak mkn durian.. Rasa mcm hilang 1 drpd nikmat hidup.. Hehe...

Korang nk tau tak.. Bulan april ni dh 2 kali ai dpt mkn durian.. Yg bestnye free ok. Mkn bagai nk gila, tanpa keluarkn duit sendiri.. Kedua dua kali ni mkn dgn kwn kwn office ai.. Yg 1st time tu makan malam kat area Gombak.. Sgt dekat dgn rmh ai.. Kitorg gi 6 org.. Kalau tak silap, kitorg beli 4 biji. Harga dlm RM 30 je.. Murah la nk dibandingkan dgn jenis musang king yg sekilo smpai RM40 tu.. Isi boleh tahan gak la.. Kitorg mkn kat kedai tu gak.. Dpt air mineral free.. Tp air yg kcik je la.. Hehe..















#********************#





Ok, ni nk cerita 2nd time ai mkn durian.. Mkn bersama dgn kwn kwn office jugak.. Untuk makluman, acara ni dibuat di office kami.. Hahaha.. Jangan tak caya plak. Mkn durian di office pada hari Ahad ok.. Masing masing sanggup dtg semata mata nk merasai kenikmatan raja buah ni.. Yg bestnye siap ada menu tambahan.. Nk tau apa??





Ni dia menu tambahan.. Sambal bilis dgn pulut. (kitorg mkn ni dulu mula mula.. breakfast la konon.. ai yg sediakan menu ni..request from my officemate..)




*



*



*


Lepas dh kekenyangan layan makanan tu, kitorg rehat rehat jap.. Tunggu hujan berenti. Agak dh boleh redah, kitorg keluar gi cari durian dgn santan.. Nak mkn pulut durian plak kn.. ;)

Semangat gila mencari durian dan dgn gigh menyediakn santan untuk santapan tengahari tu.. Setelah berpenat lelah menyediakan menu bersama sama.. Maka inilah hasilnya..


*




*




*







Ni ai punya mangkuk.. Sikit je kn ai mkn.. Huhu.. Tp jgn terpedaya.. Ni sebagai permulaan je.. Lepas tu berkali kali kot ai tambah.. Durian tu pun rasenya ai yg habiskan.. Hahaha...



Tu je cerita durian untuk bln April ni.. Kalau ada rezeki, bulan bulan akan dtg nanti nk mkn lagi. Tp lepas ni plan nk terjah dusun kwn kwn yg mana ada pokok durian plak. Lagi layan mkn durian yg baru gugur.. Tak sabarnyaaaaaaa.. ;)




p/s: bos, kitorg pinjam tmpt bos tau untuk acara ni.. tq ;)

Saturday, April 23, 2011

...sehari di pusrawi

Assalamualaikum.. Salam satu Malaysia...


Untuk makluman semua, 18hb april lalu, saya berpeluang bermalam di Hospital Pusrawi. Sgt seronok melalui pengalaman istimewa ini.. Saya perlu menjalani procedure endoscope. Sukar nk ungkapkan dgn kata kata.. Jom layan cerita sehari ku di pusrawi..





5.00 ptg : Keluar dari rumah. (sminggu b4 ni dh tau kene msuk wad.. drive sndiri ke hospital. parking kete kat wisma sejarah RM3.50 per entry..)

6.00 ptg : Register masuk wad kat bhgn emergency (sbb masuk after office hour.)


6.15 ptg : Dh settle pendaftaran, ada sorg mamat hntar ke wad an-naeem, tgkt 5, bilik 13, katil no 2. (dpt bilik 2 bedded je sbb saya kn kerani cabuk. company cover bilik RM150 1 mlm. lpas timbang berat, nurse bwk saya msuk bilik. nasib saya baik sbb bilik tu dua dua katil kosong lg, so saya pilih katil yg tepi tingkap. selesa sikit dari amik katil yg dekat dgn toilet.)









6.30 ptg : Nurse dtg bgtau yg saya perlu puasa mlm tu. last meal pkul 7.30 mlm. dia bgtau lagi, mlm tu nanti saya akan diberi 2 jenis ubat untuk cuci perut & usus. (pastu msuk nurse pelatih. diorg amik bacaan tekanan darah dgn amik darah sekali. yg amik darah tu lelaki, siap tgn dia menggigil time tu. sakit kot sbb jarum dh kat dlm, tgn dia still gigil..)


6.45 ptg : Saya mintak nk ke kafe utk mencari makanan sbb dh lapar sgt. ingatkn sempat la nk mkn makanan hospital. rupa rupanya last meal kat situ pkul 6 ptg.. (turun bwh beli sandwich, dgn piza mini.)


7.30 ptg : Layan tgk tv sambil baring baring. nurse dtg hntar ubat. (satu pil & satu lagi ubat cecair, mcm julap katanya. perlu dihabiskan 1 botol katanya.. rasanya, ya ampun.. sukar diterima tekak ni.. makanya, sparuh dr ubat tu selamat saya buang dlm toilet.. hehe.. nurse ckp lpas mkn ubat tu, saya akan kerap ke toilet. tp tak pun.. mgkin sbb saya mnum separuh je kot..)






8.00 mlm : Tgk berita sambil baca novel. tetiba ada org masuk sambil bg salam.. ingtkan nurse pelatih dtg nk amik tekanan darah lagi.. rupanya cintaHati smpai dgn parents dia skali.. sungguh terharu rasa.. huhu.. sambil tgk berita, kitorg borak borak..


8.30 mlm : Parents sidia blk dulu. tinggal kitorg berdua lepak dlm tu. smbung borak.


9.30 mlm : cintaHati blk. (saya sambung tgk tv. pastu terdengar kecoh2 kat luar. rupanya saya dpt teman mlm tu. katil sebelah saya dh berpenghuni.)


11.00 mlm : Dah terlelap.


2.00 pagi : Nurse dtg amik tekanan darah. (dh tak boleh nk lelap. saya smbung baca novel.)


3.30 pagi : Start gi toilet. (perut rasa memulas gila gila. rasa mcm ada mesin memproses kat dlm perut tu. ubat yg saya minum tu dh mula memberi kesan.. yg keluar hanya cecair.. pagi tu 3 kali gak la saya ke toilet. nasib baik la toilet dlm bilik tu je. pastu saya smbung tido.)


6.30 pagi : Bangun tido. (ubat dgn uniform dh tersedia. saya g mandi. tak terus pakai uniform. lpas mandi tu, saya bersiap mcm nk keluar gi berjalan. siap tempik bedak, pkai perfume bagai.. nurse dtg suh saya hbiskn ubat tu.. mcm biasa la. separuh je minum. separuh lagi saya tinggalkan kat dlm cawan.. hehe..)


8.30 pagi : nurse dtg bersama doktor Malik. doktor tu brief serba sikit psal procedure yg perlu saya jalani pagi tu. (nurse mntak saya salin pakaian. pakai uniform yg diorg bg. siap dia pesan, pakai ape yg diorg bg je.. pakaian yg kcik kcik pn tak perlu pakai katanya. tetibe rase segan yg teramat sgt. nurse mntak utk simpankan wallet & hndphone saya.)


9.00 pagi : nurse panggil suruh turun.. turun gune wheelchair. (kelakar je rasa sbb bkn teruk mana pun smpai diorg tak bg jln sendiri.. smpai bwh, doktor mntak saya baring kat katil yg dh tersedia untuk saya.. doktor bgtau yg dia akan bius kat kerongkong saya supaya saya tak rasa sakit time dia masukkn kamera nanti. b4 tu dia msukkn jarum kat pergelangan tgn saya untuk dia suntik ubat tido.. lpas dia spray ubat bius, tekak saya rasa kebas.. pastu saya dh x sedar apa yg berlaku.)


10.30 pagi : Separuh sedar. nurse tolak blk ke katil saya. (sambung tido.)


11.30 pagi : Tersedar. rasa sakit kat kerongkong. time ni nk bernafas pn susah.. nurse ckp effect dr procedure b4 tu. dia suruh saya berehat.. doktor dtg bgtau yg saya perlu buat ultrasound plak lpas tu.


11.45 pagi : Bos dgn kwn kwn dpartment dtg melawat. tp tak brape larat nk borak sbb kesan ubat tido tak hilang spenuhnya lagi time tu..


12.00 t/hari : Turun gi buat ultrasound.


12.30 t/hari : Naik bilik. Borak dgn kwn kwn yg setia menunggu. cintaHati sampai.. (nurse dtg bgtau saya dh boleh mkn. tp saya masih takde selera utk makan..

2.00 ptg : semua dh blk. saya smbg tido. (nurse dtg maklumkan saya dh boleh blk hari tu. dia bgtau saya kene dtg blk 29hb april utk amik result dr doktor.)


5.30 ptg : Kemas brg brg smbil tunggu nurse dtg bwk ubat & dokumen yg sepatutnya..


6.00 ptg : Makan mlm. (sementara tggu cintaHati smpai, saya smbg tgk tv. ptg tu saya ada tetamu lagi.. kelakar kn, dh nk klua pun ada yg dtg melawat lagi.. thanks to korg yg dtg.. tak perlu mention nama la kn.. kang tkut ada yg sentap plak kn..)


7.30 mlm : Discharge. (b4 blk singgah mcD. teringin nk mkn bubur dgn nugget..)


9.00 mlm : Sampai rumah.. terus smbg tido..



Itulah cerita saya di pusrawi. Punca saya masuk wad adalah sbb doktor nk cari punca kenapa time saya buang air besar beserta dgn darah.. Mula mula gi klinik, doktor kat klinik tu ckp saya kene buasir.. Second time g check kat klinik, diorg terus refer saya kat pakar. Dari situ lah bermula rawatan saya di pusrawi.. Nak tau apa sbenarnya sakit saya, kena la tunggu follow up saya bersama doktor Malik nanti..




Pesan saya pd semua, kalau ada yg tak kena pada diri kita, cepat cepat la gi check. Jgn simpan lama lama sbb kita tak tau apa yg berlaku kat dlm badan kita ni.. Kadang kadang, tgk dari luaran mmg kita tak rasa pape.. Tak perlu segan untuk menjalani rawatan..



Doakan la ye, semoga takde pape yg serius berlaku kat saya.. InsyaAllah..






Sekian...